Sara masak keropok lekor di tepi jalan

Pada suatu petang yang terik, saya teringin makan keropok lekor. Walaupun perutku sudah diulas dengan semangkuk besar kari laksa Sri Galing, badan kecil saya yakin masih ada ruang untuk snek kegemaranku. Lagi pun, terdengar terdapat satu warung kecil yang menjual keropok yang segar, ranggup dan sedap.

IMG_8036.JPG

Sepanjang jalan dari Kuantan ke arah Kemaman, saya dan keluarga saya pandang ke kiri dan kanan, mencari gerai terpencil tersebut. Saya ternampak sekelompok buah kelapa yang besar lagi hijau. Sebuah papan tertulis ‘Keropok Pok Man’. Akhirnya kami sampai di destinasi kami!

Air liurku hampir meleleh apabila saya ternampak keropok lekor yang bertimbun-timbun atas piring perak. Kami terus ambil sepingan keropok. Harganya lebih murah dari bandar Kuala Lumpur; lima keping hanya seringgit!

IMG_8035.JPG

Selepas mengunyah dan menelan beberapa keropok lekor yang saya teridam macam wanita hamil, saya yang suka merepek pun pergi bersembang-sembang dengan suami isteri di gerai. Bukan itu saja, saya beria-ria untuk menolong makcik menggoreng keropok!

IMG_8028.JPG

Makcik yang baik hati membenarkan pengacau dari bandar untuk bermain-main di premisnya. Goreng keropok bukan suatu kerja yang senang! Saya ingat saya pandai masak, tetapi goreng keropok dalam periuk yang saiznya beberapa ganda periuk di dapur kat rumah memang memerlukan kemahiran yang tinggi! (Fakta ini jelas kelihatan di muka saya yang sangat serius).

IMG_8030.JPG

Tidak sekali saya rasa kedatangan saya tidak dialukan. Pakcik dan makcik ketawa besar apabila saya memanggil saya pekerja baru mereka dan menjemput pelanggan untuk membeli lebih keropok.

Pengalaman manis ini memberi inspirasi untuk saya menulis sebuah pantun:

Sushi, stik atau udang galah,
Lebih baik lekor di tepi jalan,
Goreng Keropok sangat payah,
Belilah dan makan cam syaitan.
Belilah dan makan siang malam.

***

Kalau saudari ada peluang untuk melawati Kuantan yang indah, pergilah menjamu selera di kedai Pok Man. Encik Taufik dan isteri menjual keropok lekor yang ranggup tetapi ringan. Ada juga keropok losong yang direbus tetapi pada pendapat saya tidak setanding lekor. Saudari pasti akan menikmati makananan dan layanan yang mesra!

Ps: haha it’s fun writing in Bahasa Malaysia. Haven’t written karangan for ages. I can imagine if my teacher were to mark this work, there will be a lot of red marks!